Latar belakang Radix Fried Chicken
Radix Fried Chicken Sdn Bhd (RFC) memulakan operasinya pada 1hb Jun 2008 di Lagenda Heights, Sungai Petani. Pembukaan RFC ini adalah 100% milikan Bumiputera Islam.
Manakala aspek pengurusan dan operasinya mengamalkan prinsip etika pekerja Islam seperti adab dan tatatertib muslimin dan muslimah serta amalan zikir dan sunat sebelum memulakan kerja seharian.
” PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ”
Pada masa kini pasaran dan permintaan adalah tinggi ke atas makanan segera. Ini boleh dilihat dengan kehadiran jumlah restoran ‘bak cendawan selepas hujan’ diseluruh negara. Didapati pasaran konsep makanan segera di negara ini dimonopoli oleh masyarakat bukan Islam dan hampir 90% jenamanya berasal daripada luar negara.
Atas kesedaran dan tanggungjawab betapa pentingnya pilihan makanan halal, RFC diwujudkan bagi memberi pilihan makanan halal kepada umat Islam, khasnya umat Islam di Malaysia. Bermula dengan restoran pertama di Sungai Petani, RFC berazam mendirikan 400 buah lagi restoran yang serupa di seluruh negara. Disamping itu, sejajar dengan slogan kumpulan perniagaan HPA, “Produk Halal Tanggungjawab Bersama”™ kewujudan RFC adalah satu jihad perniagaan dalam menyediakan makanan dan produk halal kepada umat Islam.
Seperti rangkaian makanan segera yang lain, RFC menawarkan pelbagai variasi makanan yang berasaskan makanan ala barat antaranya;
• Ayam goreng
Ayam yang digoreng dari sejuk beku terus ke dalam minyak sayuran yang bermutu tinggi dengan suhu mengikut piawaian keselamatan makanan.
• BunRoti yang segar dihantar terus dari kilang untuk memastikan mutu dan kualiti berada dalam keadaan selamat.
• Mashed Potatoes & Gravy
Mempunyai citarasa yang berbeza daripada pesaing yang mana lebih lembut dan berkrim, berempah serta lebih halus.
• Coleslaw
Sayur-sayuran yang dicampurkan bersama mayonis sesuai bagi mereka yang menggemari makanan ala barat dan sangat enak dimakan bersama ayam goreng organik.
• Mix Salad
Berupaya memberi peluang kepada sesiapa yang merancang program diet. Mix Salad adalah hasil daripada campuran Salad, tomato dan sayuran segar sesuai untuk mereka yang vegetarian. Kehebatan Mix Salad dapat menyumbang kepada faktor kesihatan dengan memberi tenaga, karbohidrat, protein dan garam.
RFC ada di alamat berikut..
1. RFC LAGENDA HEIGHT
No. 95 – 97, Jalan Lagenda 1,Lagenda Height,
08000 Sungai Petani,Kedah.
Tel: 04 425 4717 04 425 4717
2. RFC BANDAR LAGUNA MERBOK
Plot 2, Bandar Laguna Merbok,
08000 Sungai Petani,Kedah.Tel: 04 441 2871 04 441 2871
3. RFC SHAHAB PERDANA
No. 20, Jalan Shahab 3,Shahab Perdana,05150 Alor Star,Kedah.
Tel: 04 733 4717 04 733 4717
4. RFC KLUANG
No. 63 & 65, Jalan Rambutan,
86000 Kluang,Johor.Tel: 07 771 0717 07 771 0717 / 773 5717
5. RFC MYDIN MALL MELAKA
F-01 & F-02, Tingkat 1,Mydin Wholesales Hypermarket,
Lot 15060,15061 & 15062, Kawasan MITC,
75450 Ayer Keroh,Melaka
6. RFC KUBANG KERIAN
Depan HUSM Kubang Kerian,
Lot 1606, Bandar Baru,
Kubang Kerian,16150 Kota Bharu,Kelantan.7. RFC Kangar
Bandar Kangar
8. RFC JITRA.
No 1, Jalan Kubang Lembu
06000 Jitra
Kedah Darul Aman
No telefon: 04-91767179. RFC KUALA TERENGGANU
Lot 4232 (G/F) Wisma Chua Ah Kee
Off Jalan Sultan Ismail/Jalan Tok Lam
20200 Kuala Terengganu, Terengganu
No Tel: 09-6309527 / 09-6409528
10. RFC IPOH
No.13 Bangunan Komas,
Jalan Keledang Raya 22,
Taman Alkaf, 30100 Ipoh Perak.
No comments:
Post a Comment