Sunday, April 24, 2011

PENAWAR SAKIT SENDI - GUNA PRODUK HPA

SAKIT SENDI
Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh
badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan
sendi jari kaki serta tangan.

Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi
untuk melicinkan pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan
umur. Kesakitan adalah suatu sensasi atau persepsi dan ianya menandakan
kecelaruan fizikal, mental atau yang disebabkan oleh penyakit. Ianya berbeza
dari segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke individu
yang lain.

Sebab-Sebab Sakit Sendi

Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi
mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot,
ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.

- Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau
otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat,
mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak
betul.
- Berat badan berlebihan
- Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki
- Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)
- Penyakit sendi seperti arthritis
- Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit
- Penyakit tulang
- Ketumbuhan
- Jangkitan kuman
- Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya
- Penyakit kronik
- Ubat-ubatan

KAEDAH UBATAN HPA

Shark cartilage plus adalah herba ubatan yang sangat baik untuk sakit-sakit
sendi atau sakit seluruh badan. Jika terasa bisa-bisa badan ,makan 3 kapsul
sebelum tidur dan pada waktu pagi pula ambil grapeseed (3 kapsul) dan minyak
zaitun softgel (3 kapsul). Kaedah pengubatan ini digunakan apabila
pengambilan ardisia atau perubatan lain tidak berkesan. Badan akan terasa
ringan dan sakit sakit seluruh badan akan hilang. InsyaAllah.

Nota: Maknanya disini kita boleh cuba amalkan produk Ardisia atau Madu
Ardisia dulu. Kemudian jika tiada perubahan, baru cuba amal ikut kaedah di
atas.

sumber: http://www.duniaherbahpa.net

No comments:

Post a Comment