Tuesday, February 8, 2011

Pengenalan - Herba

Pengertian Herba
Istilah Herbal biasanya dikaitkan dengan tumbuh-tumbuhan yang tidak berkayu atau tanaman yang bersifat perdu. Dalam dunia perubatan, istilah herbal memiliki makna yang lebih luas, iaitu segala jenis tumbuhan dan seluruh bahagian-bahagiannya yang mengandung satu atau lebih bahan aktif yang dapat digunakan sebagai ubat (therapeutic).
Herbalogi
Herbalogi berasal dari kata ‘Herba’ yang bererti tumbuhan dan ‘logi’ atau ‘logos’ yang berarti ilmu. Dengan demikian Herbalogi adalah ilmu yang mempelajari segala sesuatu yang berkait dengan tumbuh-tumbuhan. Dalam dunia perubatan herbalogi difahami sebagai sebuah konsep atau kaedah perubatan dengan menggunakan bahan-bahan yang berasal dari herba.

Konsep Perubatan Herba
1.        Pendekatan yang digunakan bersifat holistic. Tubuh manusia dipandang memiliki suatu system harmoni yang selalu seimbang; tidak berfungsinya satu bagian tubuh menyebabkan ketidakseimbangan dibahagian tubuh yang lain. Jika tubuh tidak mampu melakukan penyeimbangan kembali seperti keadaan semula, maka akan tibul suatu penyakit. Salah satu tujuan dari perubatan herba adalah membantu tubuh mengembalikan keharmonisan atau keseimbangan tubuh.
2.       Selain dari faktor luaran, perubatan herba memahami bahawa dari dalam diri manusia terdapat kekuatan penyembuh yang datang dari faktor Spiritual, emosional, mental, dan fisikal. Kekuatan penyembuh tersebut dalam dunia perubatan modern dikenal dengan Sistem Imun.
3.       Sistem Imun menjadi penentu utama kesihatan seseorang. Herbalogi menaruh perhatian besar terhadap masalah imunity tersebut. Sehingga tujuan perubatan adalah diarahkan untuk “Improve and maintain body immune system against external pathogen and pressure”.
4.       Menggunakan sepenuhnya bahan dari herba sebagai ubat, tanpa tambahan zat kimia sintentik.

 sumber: http://synerbiz.net/info-kesehatan/apa-itu-herbal/

No comments:

Post a Comment